Sabda Rasulullah, "Umatku sentiasa dalam keadaan baik, selagi anak-anak hasil zina belum bermaharajalela dalam masyarakat. Apabila anak hasil zina telah berleluasa dalam masyarakat, maka tidak lama lagi Allah akan menimpakan siksa-Nya kepada semua."
(Hadis Riwayat Ahmad: Hasan lighairihi)
Yang berdosa bapanya, betul! akan tetapi kalau anak zina sudah berleluasa maka yang bakal menerima bala termasuk ulamak dinegara terlibat. Maklumlah, ada ustaz-ustaz makan gaji dengan pemerintah, apa jua perkara haram yang terjadi mereka make don't know aje...ini yang disebut setan bisu.
Untuk ilmu agama, apa yang telah kita usahakan? untuk beli buku2 agama ilmiyah, agak-agak dah berapa banyak kita habis duit? Dah berapa banyak masa pula kita luangkan untuk ke kuliah-kuliah ilmu? Bandingkan dengan pengorbanan untuk sebuah rumah besar, kereta besar, pakaian2 berjenama... Mungkin sehingga sanggup kerja siang malam dan berhutang. Apa pun, ilmu jua yang akan kekal di bawa mati... Yang sering kita terlupa besar nilainya.
Ulama salaf (generasi terdahulu) seperti Imam Malik dan selainnya menyatakan bahawa as-Sunnah itu seperti bahtera Nabi Nuh. Orang yang menaikinya akan selamat, manakala orang yang tertinggal akan tenggelam... (Ahmad B. 'Abdul Halim Ibnu Taimiyyah al-Harani (Wafat: 728H))
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 49/10, no. 3157. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Berkata Ibnu Hibban rahimahullah (Wafat: 354H),
في هذا الحديث بيان واضح أن العلماء الذين لهم الفضل الذي ذكرنا هم الذين يعلمون علم النبي صلى الله عليه وسلم دون غيره من سائر العلوم ألا تراه يقول: "العلماء ورثة الأنبياء" والأنبياء لم يورثوا إلا العلم وعلم نبينا صلى الله عليه وسلم سنته فمن تعرى عن معرفتها لم يكن من ورثة الأنبياء
“Dalam hadis ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahawa ulama yang memiliki keutamaan yang kami ulas adalah mereka yang mengajarkan ilmu Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sahaja, bukan yang mengajarkan ilmu-ilmu lain. Bukankah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Ulama adalah pewaris para nabi” dan para nabi tidak mewariskan apa pun melainkan ilmu dan ilmu Nabi kita Shallallahu 'alaihi wa Sallam adalah sunnahnya. Sesiapa pun yang tidak mengetahui sunnah, maka bukanlah pewaris para nabi.” (Shohih Ibnu Hibban, 1/291, tahqiq Syua'ib al-Arna'uth)
Sekiranya ada ahli keluarga anda yang dibunuh oleh seorang pembunuh kejam. Adakah anda sanggup mengucapkan Tahniah atau selamat kepada si pembunuh kejam tersebut kerana telah berjaya membunuh ahli keluarga anda? Sebab aku tengok sekarang ini ramai sangat orang ucap tahniah dan selamat kepada orang yang melakukan kezaliman yang lebih zalim lagi dari membunuh. Macam seronoh je, tak rasa bersalah langsung!
Meyakini adanya "amal ibadah yang hasanah (lebih baik)" sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak pernah mengakui, dan para sahabat Rasulullah pula tidak pernah mengamalkannya, maka bukankah ini termasuk perbuatan mendahului Allah dan Rasul-Nya?
Mengakui adanya amal ibadah selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya menunjukkan kita tidak meyakini bahawa agama ini telah sedia sempurna.
Dalam agama, suara majoriti bukanlah ukuran sebuah kebenaran. Mengikuti amalan tok nenek juga belum tentu menunjukkan kita berada di atas kebenaran. Kerana kebenaran itu datangnya dari wahyu yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Maka, semaklah ia dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah. Agar kita tahu apa itu kebenaran, insyaAllah...